Tuesday, April 20, 2010

Bakat dan jiwa seni anak-anak RPS Kemar


Seperti masyarakat Orang Asli atau peribumi di seluruh dunia penduduk RPS Kemar juga sangat berbakat dalam bidang muzik dan nyanyian. Penyanyi Itam Keladeh dari Kumpulan Jelmol adalah berasal dari RPS Kemar.

Klip tersebut merupakan nyanyian duet dari adik Nuraira Amisa Bt Alang dan Rosnajiha Bt Nawi yang diiringi oleh band dari Kg. Bal. Ia untuk memeriahkan lagi Majlis Perpisahan Guru Besar, En. Mustaffa dan guru-guru yang telah bertukar. Sayangnya GB tidak sempat menghadirkan diri dan hanya Cikgu Firdaus Bin Wahi sahaja yang dapat bersama. Sebenarnya lagu nyanyian itu Bahasa Temiar ini adalah hasil ilham dan gubahan daripada En. Mustafa Bin Busu yang merupakan YDP PIBG SK RPS Kemar.

Bakat dan minat, peluang dan bimbingan, usaha dan kesungguhan adalah asas perjuangan seni...insyaAllah bakat-bakat cilik ini akan berkembang ke arah yang positif... Semoga ada pihak yang ingin mewujudkan platfom untuk warga RPS Kemar mengasah dan mengembangkan lagi bakat mereka.

Tuesday, April 13, 2010

Kesinambungan Kecemerlangan

Debaran 2009 berakhir...Kekal juga rekod cemerlang sekolah. Tahun ketiga berturut-turut menghasilkan murid yang lulus semua matapelajaran. Dari kiri Azhar Sham 1B 4C dan Shahdan Pulungan Bin Harisati 2B 3C.

Tahun lepas adik Anira A/P Uda mencapai 2B 3c dan Tahun 2007 tahun pertama atau detik mula RPS Kemar cemerlang melahirkan 4 tokoh murid yang lulus kesemua matapelajaran iaitu Amizan A/P Aziz, Faizal Bin Kadeh, Shazlie Bin Sarif dan ...............later akan diberitahu......

Moga-moga 201o membawa cerita yang lebih ceria buat warga RPS Kemar...Sehingga ketemu lagi...step by step forward...keep it up Kemarians!!!!! The will to change will make it possible even for us deep in the forest...!!!